masak lemak versiku untuk suami tersayang….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

MASAK LEMAK SPECIAL AYAM KAMPUNG

masak lemak versiku untuk suami tersayang….

BAHAN-BAHAN

  • Seekor ayam kampung saiz sederhana dipotong 8
  • 3 inci halia (dikisar)
  • 10 biji bawang merah (dikisar)
  • 2 biji bawang besar (sebiji dimayang dan sebiji dikisar)
  • 10 biji bawang putih (dikisar)
  • 2 inci kunyit (dikisar)
  • 9 biji cili kecil @ mengikut kesukaan ada (dikisar)
  • 2 sb ketumbar (dikisar)
  • 3 sb jintan (dikisar)
  • 5 batang serai (2 batang dikisar dan 3 batang dititik)
  • 300 ml santan pekat
  • 1 liter air @ mengikut kepekatan yang diinginkan.
  • 2 keping asam gelugur
  • 20 biji telur burung puyuh (direbus dan dibuang kulitnya)
  • 2 biji kentang bersaiz besar dipotong 4
  • garam secukup rasa
  • minyak untuk menumis
  • 1 inci lengkuas (dititik)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, tumiskan bawang besar yang telah dimayang sehingga naik bau.
  • Masukkan serai yang telah dititik dan juga lengkuas yang telah dititik. Tumis lebihkurang 3 minit.
  • Masukkan bahan-bahan yang dikisar. Tumis sehingga pekat dan naik baunya.
  • Apabila telah pekat masukkan ayam dan kacau sehingga rata. Biarkan seketika lebih kurang 5 minit.
  • Masukkan air dan biarkan sehingga 10 minit @ sehingga ayam separuh empuk.
  • Apabila ayam telah separuh empuk, masukkan santan, kentang, asam gelugur, telur burung puyuh dan garam secukup rasa.Biarkan sehingga ayam empuk @ masak.
  • Apabila telah masak bolehlah dihias mengikut citarasa anda untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN