Masak Lemak Pisang Muda

Ni pun turun dari emak jugak…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Pisang Muda

Ni pun turun dari emak jugak…

BAHAN-BAHAN

  • 12 biji pisang emas muda
  • 7 biji cili kering
  • 2 ulas bawang merah
  • Sebatang serai – dititk
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Garam secukup rasa
  • 1 cawan santan pekat
  • Sedikit ikan bilis sebagai perencah – lebih kurang 2 jemput
CARA PENYEDIAAN
  • Siat kulit pisang. Potong serong pisang tersebut. Sebiji pisang boleh dipotong kepada 4 bahagian.
  • Kulit pisang jangan dibuang. Potong 2 kulit pisang yang disiat. Rendam pisang yang telah dipotong dan kulitnya di dalam air garam.
  • Sementara itu, tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat.
  • Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja – untuk pecah2kan saja.
  • Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
  • Masukkan pisang dan kulit yang direndam dalam air garam tadi ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
  • Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras pisang.
  • Renehkan di atas api sederhana sehingga pisang lembut. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago