Masak lemak nangka dengan ikan kering/masin talang/talam

Resepi klasik dari mak,rase pon klasik~

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak lemak nangka dengan ikan kering/masin talang/talam

Resepi klasik dari mak,rase pon klasik~

BAHAN-BAHAN

  • Ikan kering jenis talang/talam bahagian tulang 300gram (dipotong ikut saiz kesukaan).
  • Buah nangka muda 500gram (dipotong bersih dan ikut saiz kesukaan )
  • Santan kelapa 1/2 biji
  • Daun Kunyit sehelai (dipotong mayam) **
  • Cili Api 10 Biji (ikut suka pada kepedasan + lagi) *
  • Cili kering 10 tangkai *
  • Serai sebatang di tumbuk **
  • Asam keping (ikut suke pada yg suke masam lebih)
  • Ikan bilis 8 ekor (saya bubuh ikan bilis utk ganti Pak ajinamoto) **
  • Bunga Kantan (Untuk bau wangi dalam masakan xade pon xper)
  • Garam (jika perlu, sebab ikan kering talang tue masin dah…)
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan kering/masin talang dipotong ikut saiz kesukaan dan direndam selama 5-10 minit. Untuk mengurangkan rase kemasinan. (Jgn rendam lama @ rebus plak,nnt keenakkan ikan tue ilang) :)
  • Buah nangka yang siap dipotong ikut saiz kesukaan tue direbus separuh empok…tujuannya untuk menghilangkan getah dan bagi lembut. kemudian toskan.
  • Sila belender bahan bertanda *. (Kemudian masukan sikit air santan kelapa (pati santan yg dicampur sikit air )dlm belender blen sekali utk sekatakan bahan> nak skip step ini pon xper,no hal)
  • Panaskan periuk anda,dan masukkan bahan yg telah di belender tadi. Biarkan ianya selama 5-8 minit dengan api pelahan. Masukkan asam keping.
  • Masukkan bahan bertanda **, kemudian gaulkan…diingatkan,guna api sederhana .
  • Masukkan ikan talang yang dah di rendam selama 5- 10 minit tue,kacau dan biarkan selama 5 minit. Selepas itu,masukkan buah nangka tadi. Gaulkan ia bersama…
  • Agak2 nak mendidih,masukkan pati santan dan kacau pelahan2 sehingga mendidih dan last sekali masukkan bunga kantan.
  • Dah siap! Cuba rasa masin @ tak? Klo x, sila tambah garam secukup rasa…Dan Boleh dihidang dlm mangkuk yg cantek! Sebelum itu,sila tangkap gambo dulu utk laporan masakkan anda! :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago