Masak Lemak Labu

Resipi mama saya. Dalam gambar tiada letak suun/bayam, stok sudah habis, hehehe.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Lemak Labu

Resipi mama saya. Dalam gambar tiada letak suun/bayam, stok sudah habis, hehehe.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 biji labu – dikupas kulitnya dan dipotong kepada saiz yang sesuai
  • 1/2 biji bawang besar – dimayang
  • 1 biji cili merah – ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dengan udang kering tapi tak payah tumbuk
  • Santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
  • Garam secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Sayur bayam atau suun
CARA PENYEDIAAN
  • Letakkan labu yang telah dipotong dengan bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
  • Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
  • Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dengan garpu).
  • Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
  • Akhir sekali, masukkan suun atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago