Masak Belado Ikan Bilis Dengan Petai

Resipi daripada ibu tercinta.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Masak Belado Ikan Bilis Dengan Petai

Resipi daripada ibu tercinta.

BAHAN-BAHAN

  • Lima genggam ikan bilis – kalau boleh bilis yang siap dipipih (saiz yang besar sedikit baru la sedap)
  • Setengah papan petai yang masiih muda – kikiskan sikit kulitnya
  • Empat biji bawang kecil(kalau lebih pun tak mengapa)
  • Cili kering yang siap dikisar + cili api (kalau nak pedas)
  • Asam keping
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh petai dan ricih (potong) petai yang dikikis tadi secara menyerong dan nipis. Selepas itu, goreng sampai petai hijau tua…(sampai garing). Kemudian asingkan.
  • Goreng pula ikan bilis yang sudah dipipih tadi sampai garing… Asingkan juga ;-)
  • Tumiskan bawang merah yang siap ditumbuk (jangan terlampau hancur sangat) dengan cili kering yang dah di kisar tadi. Untuk yang tambahkan kepedasan – anda boleh tumbuk cili padi sampai lumat dan tumis sekali.
  • Ini yang paling penting. Kecilkan api sekecilnya, biarkan cili yang ditumis tu garing . Boleh tambahkan garam, Ajinomoto dan asam keping. Kalau boleh, buat cili tu kering tapi jangan hangus pula.
  • Akhir sekali, boleh tutup api dan gaulkan ikan bilis bersama petai yang kita sudah asingkan tadi.
  • Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago