Maruku Mudah

Anakku yg berpakaian ala Tarzan seronok bila dapat bergaya depan semangkuk maruku. Maruku ini sangat mudah disediakan dapat dari Musliha (seorang blogger) dan gabungan dari resipi Mesin Pasta

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Maruku Mudah

Anakku yg berpakaian ala Tarzan seronok bila dapat bergaya depan semangkuk maruku. Maruku ini sangat mudah disediakan dapat dari Musliha (seorang blogger) dan gabungan dari resipi Mesin Pasta

BAHAN-BAHAN

  • Sebungkus tepung maruku (yg saya guna malam ini jenama Gemini)
  • 380ml air atau santan
  • 1 sudu kecil jintan manis (malam ni saya abaikan bahan ini sebab dah kehabisan)
  • 1 sudu kecil lemuju
  • 1 sudu besar bijan
  • 1 sudu besar serbuk cili (ikut kesesuaian citarasa anda)
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan bahan-bahan kering iaitu tepung, jintan, lemuju, bijan dan serbuk cili ke dalam mesin pasta. **Garam tidak digunakan dalam resepi ini kerana tepung jenama Gemini ini telah ada campuran garam.
  • Tekan butang ke mod menguli (Mix)
  • Masukkan air/santan sedikit demi sedikit sampai habis. Tempoh diambil untuk menguli lebih kurang 5 min sahaja. Tidak perlu tunggu hingga menjadi seketul doh..memadai jika nampak campurannya sebati.
  • Hentikan mesin pasta sebentar. Tukar ke mod untuk keluarkan doh melalui acuan maruku. Part ni kena tunggu depan mesin ni utk sambut dan bentukkan doh yang keluar dalam bentuk/saiz yang disukai.
  • Begini la rupanya..maruku di tapak tangan!! Seronok tau..laju ja dia keluar..kena on dan off laa…kalau tak jadi panjanggggg….sedia untuk di goreng!
  • Ini kalau dibiarkan panjang, kita tadah dengan pinggan atau tudung periuk…pusing2 la supaya bagi jadi lingkaran..:-)
  • Goreng la hingga kekuningan… dan enjoy! …selamat mencuba ya :-) Pasti seronok menyediakannya utk yg tersayang…lihatlah anakku itu yg begitu asyik menikmatinya…heheh eksyen jer lebih

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago