Marble Pudding

Resipi ringkas belajar daripada emak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Marble Pudding

Resipi ringkas belajar daripada emak.

BAHAN-BAHAN

  • 1 bungkus agar-agar (12 gm)
  • 2 1/2 gelas @ 750 ml air
  • 1 1/4 gelas @ 375ml gula pasir
  • 1/2 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 sudu besar mentega
  • 1 1/2 sudu besar tepung kastad
  • 3 sudu besar serbuk koko
  • 1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN
  • Masak agar-agar dengan air hingga cair.
  • Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut dan agar-agar jadi pekat sedikit.
  • Dalam mangkuk lain, campurkan susu, telur, mentega dan tepung kastad. Pukul bahan-bahan ni sampai kembang.
  • Masukkan bahan- bahan yang telah dipukul ke dalam agar-agar.
  • Kacau lagi sampai masak dan semua bahan larut.
  • Selepas masak, bahagikan puding kepada dua bahagian. Satu bahagian diletakkan serbuk koko dan satu bahagian lagi diletakkan esen vanila.
  • Masukkan ke dalam bekas puding secara berselang seli di antara coklat dan esen vanila.
  • Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago