Resipi ringkas belajar daripada emak.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Marble Pudding
Resipi ringkas belajar daripada emak.
BAHAN-BAHAN
- 1 bungkus agar-agar (12 gm)
- 2 1/2 gelas @ 750 ml air
- 1 1/4 gelas @ 375ml gula pasir
- 1/2 tin susu cair
- 4 biji telur
- 1 1/2 sudu besar mentega
- 1 1/2 sudu besar tepung kastad
- 3 sudu besar serbuk koko
- 1 sudu kecil esen vanila
CARA PENYEDIAAN
- Masak agar-agar dengan air hingga cair.
- Masukkan gula dan masak lagi hingga gula larut dan agar-agar jadi pekat sedikit.
- Dalam mangkuk lain, campurkan susu, telur, mentega dan tepung kastad. Pukul bahan-bahan ni sampai kembang.
- Masukkan bahan- bahan yang telah dipukul ke dalam agar-agar.
- Kacau lagi sampai masak dan semua bahan larut.
- Selepas masak, bahagikan puding kepada dua bahagian. Satu bahagian diletakkan serbuk koko dan satu bahagian lagi diletakkan esen vanila.
- Masukkan ke dalam bekas puding secara berselang seli di antara coklat dan esen vanila.
- Akhir sekali masukkan ke dalam peti sejuk. Sedia untuk dimakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.