Marble Choco Cheese Tart

Sumber: Kelas memasak Bake Well Supplies, Sri Gombak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Marble Choco Cheese Tart

Sumber: Kelas memasak Bake Well Supplies, Sri Gombak.

BAHAN-BAHAN

  • Tat:
  • 100g mentega tanpa garam
  • 50g gula aising
  • 15g telur (kurang lebih setengah dari sebiji telur gred B yang telah dipukul)
  • 150g tepung
  • Secubit garam
  • Inti:
  • 250g krim keju
  • 100g telur (kurang lebih 3 1/2 biji telur gred B)
  • 70g gula kastor
  • 70g yogurt/krim masam
  • 10g serbuk koko – diayak
CARA PENYEDIAAN
  • Tart
  • Tat: Panaskan oven 170 C. Pukul mentega, garam dan gula hingga lembut. Masukkan telur perlahan-lahan.
  • Masukkan tepung, sebatikan. Masukkan dalam plastik dan sejukkan dalam peti sejuk selama 20-30 minit.
  • Selepas itu, masukkan dalam acuan tat, bakar untuk 15 minit pada 170 C.
  • Filling
  • Inti: Pukul krim keju dan gula sehingga gebu. Perlahan-lahan masukkan telur.
  • Ambil 100g adunan keju, campurkan dengan serbuk koko. Ketepikan.
  • Masukkan kedua-dua adunan tadi ke dalam ‘piping bag’. Paipkan adunan keju ke dalam tat sehingga 80% penuh.
  • Paipkan coklat keju tadi ke dalam tat yang telah diisi keju. Kemudian, buatlah lorekan ikut selera sendiri ye!
  • Bakar selama 15 minit lagi dan sedia untuk dihidang.
  • Nota: Kalau boleh, jangan guna ‘turbo fan’, permukaan keju akan cepat kering dan merekah. Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago