Manok Panggang/Ayam Panggang Sarawak

Lagi satu koleksi resepi ayam versi dayang. Memang mudah, ringkas dan sedap lbh2 lg cecah dgn sambal cili/sos cili. Nak tengok gambar dekat, silalah ke blog dayang. http://dayangjack.blogspot.com

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Manok Panggang/Ayam Panggang Sarawak

Lagi satu koleksi resepi ayam versi dayang. Memang mudah, ringkas dan sedap lbh2 lg cecah dgn sambal cili/sos cili. Nak tengok gambar dekat, silalah ke blog dayang. http://dayangjack.blogspot.com

BAHAN-BAHAN

  • 8 ketul ayam saiz L @ XL (dibersihkan dgn air limau)
  • 1 sudu makan ketumbar (disangai)*
  • 1/2 sudu makan jintan putih (disangai)*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • gula merah atau gula melaka secukupnya (bubuh lebih sikit)
  • garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumbuk/kisar bahan-bahan bertanda *. Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perap semalaman.
  • Sebelum dibakar/panggang, gaulkan ayam bersama 2 sudu makan minyak zaitun, jika suka. Sekiranya menggunakan oven, bakar/panggang pd suhu 190-200C selama 1 jam. Terbalikkan ayam 1/2 jam sebelum masak.
  • Untuk sambal cili/sos cili : satukan 3-4 sudu besar cili kering kisar (anggaran), 2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat), air asam jawa (ikut sukatan sendiri) garam dan gula secukupnya di dalam periuk dan masak selama 3-5 minit. Tambah air panas jika perlu.
  • Hidangkan. Sesuai utk majlis harijadi/BBQ dan sebagainya.
  • ****utk info: kalau ikut yang original, sambal cili ni x payah dimasak. Hanya blend shj.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago