Mango Sago Pudding

Resipi Mango Sago Pudding ni khas untuk korang yang mengidam makan desserts hari ni!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mango Sago Pudding

Resipi Mango Sago Pudding ni khas untuk korang yang mengidam makan desserts hari ni!

BAHAN-BAHAN
    Bahan-bahan (pudding):
    – 1/4 cawan sago
    – 2 cawan santan
    – 3 sudu besar gula melaka
    – 1 sudu kecil esen vanillaBahan-bahan (puri mangga):
    – 1 biji mangga
    – 1 sudu kecil jus limau
    – 1/4 cawan santan
    – 1 sudu kecil gula melakaBahan-bahan (topping):
    – Daun pudina
    – Kelapa parut kering
CARA PENYEDIAAN
    Cara-cara:
    1. Untuk pudding sago, didihkan 1 1/2 santan bersama gula melaka dan esen vanilla.
    2. Masukkan sago dan biar masak 7 minit.
    3. Apabila sago mula menjadi kering, tambahkan 1/2 cawan santan dan biar masak selama 7 minit.
    4. Apabila sago sudah masak, sejukkan selama 30 minit.
    5. Untuk puri mangga, kisar mangga, jus limau, gula melaka dan santan. Sejukkan 30 minit.
    6. Di dalam gelas hidangan, tuangkan puri mangga, diikuti dengan pudding sago dan kemudian puri mangga balik semula.
    7. Hiasi dengan kelapa parut kering dan daun pudina jika mahu.
    8. Siap untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago