Mango dan Apricot Cake

Resepi diterbangkan khas dari Australia.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Timur Tengah

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Mango dan Apricot Cake

Resepi diterbangkan khas dari Australia.

BAHAN-BAHAN

  • 185 g mentega, pada suhu bilik
  • 200 g gula halus
  • 3 biji telur, dipukul sedikit
  • 150 g isi mangga masak, dikisar halus
  • 80 ml plain yougart
  • 260 g tepung berserbuk penaik (self-raising flour), diayak
  • 100 g aprikot kering, didadu kecil
  • 1 camca teh esen mangga
CARA PENYEDIAAN
  • Terlebih dahulu, sapu tin kek dgn mentega dan alas dasar dan tepi tin dgn kertas. Sapu juga permukaan kertas dgn mentega. Ketepikan.
  • Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan gebu. Pada kelajuan sederhana, masukkan telur sedikit demi sedikit hingga habis sambil terus memukul. Cukup sekadar telur sebati dengan adunan, tidak perlu sampai kembang.
  • Masukkan esen mangga, yougart dan isi mangga yg telah dikisar tadi. Pukul hingga rata. Perlahankan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul hingga rata.
  • Masukkan aprikot tadi dan gunakan spatula utk menggaul ke dalam adunan kek hingga rata.
  • Tuang adunan kek ke dalam tin yg telah dilenser tadi. Ratakan permukaannya dan bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 150C kurang lebih 1 jam 10 minit.
  • Selepas 1 jam waktu pembakaran, uji kek dgn kaedah mencucuk lidi sate di bhg tengah2 kek, jika keluarnya bersih itu menandakan kek telah masak. Jika tidak lanjutkan waktu membakar, tutup permukaan kek dgn tudung periuk utk mengelakkan permukaan kek menjadi gelap.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago