Siap dihidang dlm 30 minit

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Malay Style Cantonese Noodle

Siap dihidang dlm 30 minit

BAHAN-BAHAN

  • • 1/4 bungkus kuey teow
  • • 3 ulas bawang putih – di ketuk
  • • 7 – 9 biji cili padi – di ketuk (ikut tekak, kalau nak pedas lagi boleh tambah dan sebaliknya lah. Tp petua org tua, kena nombor ganjil utk sedapkan masakan)
  • • kiub ayam (saya suka kiub knorr..takyah tambah aji & garam)
  • • Minyak utk menumis
  • • 1 sudu sos tiram
  • • 1 sudu kicap
  • • 2 ekor sotong saiz sederhana
  • • Sayur : carrot, sawi, kobis
  • • 1 sudu tepung jagung atau tepung kastad – bancuh ngan ½ cwn air. Ni utk pekatkan kuah je.
  • • 1 biji telur ayam
  • • 1 cawan air
CARA PENYEDIAAN
  • + Panaskan minyak, masukkan sos tiram & kicap. Pastu masukkan kueytow, goreng sekejap jer. Keluarkan dan terus masuk dlm pinggan.
  • + Panaskan minyak lagi utk buat kuah pulak. Masukkan bawang putih, cilipadi & kiub ayam. Jgn sampai kering sgt, x sampai seminit pun.
  • + Pastu masukkan air dan sotong yg dah dihiris tu. .
  • + Bila dah mendidih, masukkan carrot & batang sawi (yg keras2 dulu).
  • + Kacau2 sat seminit dua, masukkan sayur yg lembut pulak; daun sawi & kobis. (saya x suka sayur yg terlampau masak, jadi semuanya kena pantas..kacau kejap je)
  • + Dah masukkan sayur td, masukkan telur.
  • + Agak2 telur putih dah keras, tuangkan tepung jagung yg dah dibancuh ngan air tu.
  • + Kacau pelahan2 (jgn sampai telur kuning pecah)…mendidih…siap…tuang dlm pinggan pinggan kueytiow.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN