Maggi Goreng Pedas

Simple dan sedap…;)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Maggi Goreng Pedas

Simple dan sedap…;)

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus Maggi (celurkan dlm air yang sudah mendidih, dah lembut..toskan)
  • 4 bawang merah (dicincang)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sudu besar penuh cili kering kisar/ cili boh
  • 2 biji telur
  • 2 ketul tauhu (potong dadu dan digorengkan terlebih dahulu…tabur sedikit garam ketika menggorengnya)
  • sayur (boleh guna sawi/ kubis)
  • kicap cair
  • 4 tangkai cili padi (optional)
  • 1 peket perencah kari Maggi
  • daun bawang (potong kecil2)
  • minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.
  • Masukkan cili kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  • Pecahkan telur, tuang kicap cair dan kacau hingga telur masak.
  • Tambahkan sayur, cili padi dan tauhu. Kacau rata.
  • Masukkan maggi mi dan perencah kari maggi. Gaul sebati.
  • Pastikan maggi goreng anda cukup rasa…kalau tak cukup tambah kicap cair aje.
  • Dah siap, taburkan daun bawang di atasnya. Sedia dihidang…!
  • ***Jika x mahu maggi hancur ketika menggaul, buat perlahan2…ataupun gunakan 2 garfu dan gaul.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago