Maggi Goreng Basah

Resepi temurun dari arwah nenek wana ni…ala-ala char kuay teaw sebab goreng basah sikit..sedap…cuba lah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Maggi Goreng Basah

Resepi temurun dari arwah nenek wana ni…ala-ala char kuay teaw sebab goreng basah sikit..sedap…cuba lah..

BAHAN-BAHAN

  • maggi kari (2 paket) – rendam dengan air panas dan toskan
  • bawang kecil (1 biji) – dicincang
  • bawang putih (1 biji) – dicincang
  • sos tiram (1 sudu besar)
  • sos cili (1 sudu besar)
  • sos tomato (1 sudu besar)
  • telur (2 biji)
  • minyak (2 sudu besar)
  • air panas (1/2 cawan)
  • * cili padi
  • * sayur kubis dan lobak merah
  • * ikut citarasa. kalau rasa nak tambah ayam, daging, sotong, etc… pun boleh…lagi sedap…
CARA PENYEDIAAN
  • panaskan minyak dengan api sederhana.
  • tumiskan bawang merah dan juga bawang putih sehingga naik bau.
  • selepas itu masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan juga perencah maggi. tumis sekejap kemudian masukkan air panas.
  • selepas menggelegak, masukkan maggi yg telah direndam dan ditoskan tadi. kacau sehingga sebati dengan kuah.
  • kemudian, besarkan api. masukkan telur sebiji demi sebiji ke dalam masakan tadi, kacau sehingga telur agak masak.
  • boleh la dihidangkan. makan ketika panas-panas jika tidak ia akan kembang, nanti muak pula makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago