Macaroni and Cheese Fusion

resepi nie saya modified dari resepi asal mac n cheese.. saya guna cili sedikit untuk sentuhan ala malaysia..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Macaroni and Cheese Fusion

resepi nie saya modified dari resepi asal mac n cheese.. saya guna cili sedikit untuk sentuhan ala malaysia..

BAHAN-BAHAN

  • 150gm macaroni (atau tiga genggam)
  • 1- 2 keping patty ayam (brand ayamas) /daging burger yang dipotong 8
  • 1 ulas bawang besar – dihiris dadu
  • 1 ulas bawang putih – dicincang
  • 1 atau 2 biji tomato (mengikut kesukaan)- dipotong dadu
  • 1 cawan susu segar(freshmilk)
  • 2 sudu kecil cili boh atau cili kering yang dikisar
  • bahan perasa : serbuk pati ayam atau kiub ikan bilis), italian herbal mix
  • garam dan gula (kalau suka)
  • setengah cawan stock ayam (air rebus tulang atau isi ayam) atau air
  • 3 sudu besar butter atau planta
  • 1 – 2 sudu kecil minyak masak
  • sayur campur (mix vege) atau 1/2 batang lobak merah yang dipotong dadu
  • 1-2 keping keju cheddar
CARA PENYEDIAAN
  • Masak 3/4 liter air yang dicampur secubit garam dan minyak masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan macaroni.
  • Masak macaroni setengah masak.(biasanya 4-5 minit bergantung kepada jenama yang digunakan).Selepas macaroni setengah masak, tos dan ketepikan.
  • Cairkan butter ke dalam sauce pan. Tak perlu tunggu panas masukkan bawang besar dan bawang putih. Tumis sehingga bawang agak layu namun jangan sampai bawang keperangan.
  • Setelah bawang layu masukkan patty dan goreng sehingga masak.
  • Kemudian masukkan cili boh. Sekiranya terlalu kering masukkan sedikit air. Masak cili sehingga pecah minyak.
  • Setelah itu masukkan tomato, lobak merah dan stock ayam. Masak sehingga tomato layu/lembik serta sos menjadi agak pekat.
  • Kemudian masukkan susu segar, macaroni, Italian herbs dan satu sudu kecil serbuk pati ayam/i kiub ikan bilis. Sekiranya tidak suka menggunakan serbuk pati ayam/kiub ikan bilis boleh digantikan dengan garam dan gula.Masak sehingga macaroni masak.
  • Akhir sekali masukkan kepingan keju cheddar, kacau (agar keju cair dan mengena kepada keseluruhan masakan dan terus matikan api.
  • Untuk mengurangkan kalori, susu boleh dimasukkan setengah cawan dan setengah cawan lagi diganti dengan air. Stock ayam juga boleh diganti dengan air biasa. Bagi memastikan kuah yang dihasilkan agak pekat masukkan susu sedikit terlebih dahulu (untuk memasak macaroni) dan selebihnya dimasukkan kemudian mengikut citarasa anda.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago