Project Description

Nak sangat makan lontong, tapi bahan tak cukup syarat, bubuh jer apa yang terjumpa di dalam fridge tu, sedap jugak…hehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lontong Perantau

Nak sangat makan lontong, tapi bahan tak cukup syarat, bubuh jer apa yang terjumpa di dalam fridge tu, sedap jugak…hehe

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1cm halia*
  • 1 sudu besar udang kering*
  • *1 sudu teh cili giling (saya letak sambal tumis jer)
  • sedikit kunyit serbuk, ikut suka berapa kuning yang dikehendaki
  • 1 tin santan (400mls)
  • air secukupnya untuk melarutkan santan
  • Bunga kobis
  • Carrot
  • Kacang buncis
  • Terung
  • Daun salam
  • 2 batang serai dititik
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan kisar, serai dan daun salam dengan sedikit minyak hingga wangi dan pecah minyak. Msukkan sekali kunyit serbuk.
  • Masukkan sedikit air dahulu dan sayuran keras. Bila mendidih masukkan sayuran yang lain dan santan.
  • Kacau selalu (supaya tak pecah santan) hingga mendidih dan sayuran smua masak.
  • Siap untuk dihidang dengan nasi impit, sambal tumis, telur rebus, serunding kelapa. Additional dalam gambar tu ada kuah kacang berdaging lagii….:))

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.