Project Description

Ubah suaikan nasi impit yang tak habis menjadi sarapan pagi yang lengkap…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Barat

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lontong Goreng

Ubah suaikan nasi impit yang tak habis menjadi sarapan pagi yang lengkap…

BAHAN-BAHAN

  • 2 bungkus nasi impit yang telah direbus
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
  • 1 sudu makan udang kering
  • 3 sudu besar sayuran campuran
  • 2 biji telur sederhana besar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • Secubit garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Daun sup/bawang dan bawang goreng (untuk hiasan dan tambahan rasa)
CARA PENYEDIAAN
  • Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka).
  • Mesin bawang besar, bawang putih dan udang kering.
  • Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh.
  • Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.
  • Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati.
  • Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata.
  • Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sup/bawang dan bawang goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.