Lompat Tikam Kelantan

Ini lompat tikam versi emak mertua.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lompat Tikam Kelantan

Ini lompat tikam versi emak mertua.

BAHAN-BAHAN

  • A: Tepung Hijau
  • 250gm tepung beras
  • 700ml santan cair
  • Secubit kapur sirih (campur dalam santan cair)
  • Secubit garam
  • Sedikit pes pandan/pewarna hijau
  • B: Santan Pekat
  • 1500ml santan pekat
  • 80gm tepung beras (untuk pekatkan santan)
  • Secubit garam
  • C: Pulut Merah
  • 1 cawan pulut
  • 1 cawan santan cair
  • Sedikit pewarna merah
  • D: Air Gula
  • 300gm gula melaka
  • 3 cawan air
  • Sehelai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Campur kesemua bahan A dan tapis.
  • Masak atas api hingga pekat.
  • Saya masuk dalam ketuhar tapi kena sentiasa dikacau setiap 2 minit.
  • Campur kesemua bahan B dan buat serupa dengan A (adunan B lebih cair dan lembut berbanding dengan A) >>> (saya guna ketuhar sebab lebih cepat).
  • Cuci beras pulut kemudian masak dengan air dan sedikit pewarna merah.
  • Masak gula melaka bersama air hingga cair dan mendidih. Kemudian tapis.
  • Setelah semuanya siap, ambil serba sedikit setiap darinya dan curahkan air gula secukupnya :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago