Lengat pisang cukup popular di Kedah terutamanya pada bulan puasa. Resipi mudah untuk minum petang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lengat Pisang

Lengat pisang cukup popular di Kedah terutamanya pada bulan puasa. Resipi mudah untuk minum petang.

BAHAN-BAHAN

  • 4 biji pisang montel yang ranum dilenyek
  • 1 1/2 cawan tepung gandum diayak
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan santan
  • secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan periuk kukus.
  • Di dalam satu mangkuk, masukkan pisang lenyek, gula, dan tepung. Kacau sebati. Kemudian masukkan santan dan garam. Kacau semua hingga sebati.
  • Sapu acuan dengan sedikit minyak dan tuangkan adunan pisang tadi. Kukus selama 30-40 minit.
  • Sejukkan sebentar lengat pisang ini sebelum dipotong. Sesuai dinikmati bersama secawan kopi kampung panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN