Sup orang Barat.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Leeks And Potato Soup
Sup orang Barat.
BAHAN-BAHAN
- 250g kentang – dipotong dadu
- 2 batang kucai/lik – hiris sederhana nipis
- 25g mentega
- 1 kiub sayuran
- 1 sudu teh herba campuran
- 300ml susu segar
- Garam secukup rasa
- Sedikit serbuk lada hitam
- Daun parsli (jika suka)
- 1 cawan air panas
CARA PENYEDIAAN
- Cuci kentang dan lik, masukkan dalam periuk bersama mentega, masak dengan api yang kecil.
- Bila mentega mula cair, tutup periuk.
- Sekali-sekala goncang-goncangkan periuk tanpa buka penutupnya. Untuk elakkan sayur melekat.
- Biarkan dalam 10 minit. Selepas itu masukkan susu kacau sebati. Campur air panas dengan kiub sayur dan tuang dalam sup.
- Masukkan juga herba, garam dan serbuk lada hitam.
- Besarkan api, kacau hingga mendidih dan sayur empuk.
- Tabur parsli yang dicincang halus semasa menghidang (jika suka).
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.