Layered Chocolate Cake

Lapisan kek coklat bersama coklat cair..nampak macam susah nak buat tapi senang je.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Layered Chocolate Cake

Lapisan kek coklat bersama coklat cair..nampak macam susah nak buat tapi senang je.

BAHAN-BAHAN

  • Lapisan kek:
  • 2 biji telur (asingkn putih dan kuning)
  • 40g gula
  • Bahan diayak: 30g tepung gandum dan 10g serbuk koko
  • Lapisan coklat:
  • 200g coklat bar
  • Hiasan (jika suka): gula halus @ serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskn oven pada suhu 180C. Sapu mentega pada bekas 4 segi dan lapik dengan kertas. Coklat bar dipatah-patahkan.
  • Separuh dari jumlah gula dan putih telur dibuat ‘meringue’. Rujuk http://www.myresipi.com/top/detail/542
  • Baki gula dipukul dengan kuning telur sampai kembang (lebih kurang jadi warna putih).
  • Masukkan ‘meringue’ tadi. Kacau perlahan dengan senduk dari bawah ke atas. Masukkan bahan diayak. Kacau perlahan.(Kalau terlebih kacau, buih ‘meringue’ akan pecah. Nanti kek jadi bantat)
  • Tuang dalam bekas kek. Bakar pada suhu 180C selama 15 minit.
  • Bila kek dah sejuk, potong kek ikut saiz bekas ‘poundcake’. Satu dipotong kecil sedikit berbanding yang satu lagi.
  • Dalam periuk, panaskan krim dengan coklat sambil dikacau. Bila coklat dah cair, tutup api. Jangan sampai mendidih.
  • Tuang separuh dari coklat + krim tadi dalam bekas.
  • Bila coklat dah keras sikit, letakkan kek (bahagian yang kecil) tadi atas coklat. Tuang baki coklat atas kek tadi. Biarkan keras sikit.
  • Akhir sekali, letak satu lagi bahagian kek yang dipotong tadi atas coklat. Sejukkan dalam peti ais (bukan bahagian sejuk beku) sekurang-kurangnya 3 jam sebelum dipotong. Hias dengan gula @ koko.
  • Potong kek tu satu besar satu kecik sebab nak ikut saiz bekas ‘poundcake’ ni..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago