Lawa Jantung Pisang

Masakan NS rasanya. Selalu jumpa di kedai-kedai makan sekitar NS.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lawa Jantung Pisang

Masakan NS rasanya. Selalu jumpa di kedai-kedai makan sekitar NS.

BAHAN-BAHAN

  • 1 jantung pisang sederhana besar
  • 1/2 kotak kecil santan
  • 5 ulas cili api (dihiris)
  • 3 ulas bawang kecik (dihiris)
  • 2 – 3 biji limau kasturi (ambil jusnya)
  • 1 sudu kecil lada hitam (di tumbuk)
  • Garam
CARA PENYEDIAAN
  • Buang kulit yang agak keras dari jantung pisang. Kemudian belah dua jantung pisang dan direbus dalam air hingga empuk. Letak sedikit garam semasa merebus.
  • Toskan jantung pisang yang telah empuk dan racik. Jangan terlalu halus.
  • Panaskan santan atas api sederhana. Tambahkan sedikit air jika santan terlalu pekat.
  • Masukkan bawang kecil, cili api dan lada hitam ke dalam santan yang telah di panaskan tadi.
  • Masukkan pula jantung pisang dan jus limau kasturi. Perasakan dengan garam mengikut kesukaan masing-masing.
  • Siap! Sedap di makan dengan nasi panas dan ikan masin goreng.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago