Dengan kepingan lasagna buatan sendiri…dan bahan2 yg telah diubah-suai ikut selera…enak dimakan beramai2 dan disajikan panas2…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Lasagna Gulung™

Dengan kepingan lasagna buatan sendiri…dan bahan2 yg telah diubah-suai ikut selera…enak dimakan beramai2 dan disajikan panas2…

BAHAN-BAHAN

  • KULIT LASAGNA KENTANG :-
  • 100 g kentang – kupas, kukus lembut dan lecek
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 300 ml susu segar
  • 2 biji telur
  • 1/2 sk garam
  • 2 sb mentega cair/minyak
  • SOS MERAH :-
  • 1 botol sos spaghetti pilihan (dimasak dan sejukkan)
  • SOS PUTIH (CHEESE SAUCE) :-
  • 50 g mentega
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 500 ml susu segar
  • 125 g keju cheddar – parut
  • 1/4 sk serbuk lada putih
  • 1/4 sk serbuk pala
  • SOS DAGING :-
  • 500 g daging cincang
  • 1 biji bawang bombay – cincang
  • 4 ulas bawang putih – cincang
  • 1 sk sebuk lada hitam
  • 2 sk oregano
  • 2 sk daun parsley
  • BAHAN TABURAN :-
  • 180 g keju cheddar – parut
  • 50 g keju mozarella – parut
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan2 kulit lasagna dan kisar halus.Biarkn 1/2 jam.Buat seperti dadar.
  • Untuk daging,panaskan minyak dan tumis bawang,masukkan daging cincang dan masak sampai daging berubah warna.Bubuh 4 sb sos merah dan bahan2 lain dan masukkan 2 sb tepung gandum sebagai pemekat.Sejukkan.
  • Untuk sos puith..cairkan mentega dlm periuk dan masukkan tepung,kacau rata dan tuangkn susu sedikit2 dan masukkan keju parut dan kacau hingga pekat.Sejukkan.
  • Cara Penyediaannye…loyang alum. disapu mentega keliling dan bubuh 2 sb sos merah dan ratakan.
  • Ambil sekeping kulit yang didadar,sapu dgn sedikit sos merah,bubuh daging dan ratakan.Perlahan2 digulung dan susun kedalam loyang alum.Ulang lagi dan susun gulungan lasagna bersebelahan dgn bahagian hujung gulungan dibubuh dibahagian bawah.
  • Sapukan permukaan gulungan lasagna dgn sos merah,tabur dgn 1/2 keju parut diatasnya.
  • Tuang pula sos putih di atas (6) rata2 dan tabur lagi dengan lebihan keju parut dn juga keju mozarella.
  • Bakar didalam oven selama 1/2 jam pd suhu 175C atau hingga permukaan lasagna garing.
  • Siap untuk disajikan panas2.
  • ***Jikalau tidak ingin membuat kulit lasagna sendiri boleh juga menggunakan instant lasagna sheet,dilembutkan ikut peraturan pd bungkusannya dan teruskan dgn cara2 dalam step (5)…kalau anak2 akak lebih suka kulit lasagna yg dibuat sendiri…Selamat Mencuba… :)
  • Gamabr yg sepatutnya berada di step (6) setelah lasagna habis digulung dan disusun dlm loyang…. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN