Bagaimana cara nak masak Lapis Warna -Warni?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lapis Warna -Warni

Bagaimana cara nak masak Lapis Warna -Warni?

BAHAN-BAHAN

  • 1½ cawan tepung gandum 
  • 2 sudu makan tepung beras 
  • 2 sudu makan tepung jagung 
  • ¾ cawan gula pasir 
  • 4 cawan santan 
  • 1 sudu teh garam 
  • Sedikit pewarna merah dan hijau
CARA PENYEDIAAN
    1. Gaulkan semua bahan kecuali pewarna merah dan hijau. Tapiskan. 
    2. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
    3. Masukkan pewarna merah ke dalam 1 bahagian, warna hijau 
      1 bahagian, dan warna putih ke dalam 1 bahagian lagi. 
    4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 
    5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit. 
    6. Lapiskan dengan adunan warna hijau dan kukuskan selama 5 minit. 
    7. Lapiskan 1 senduk adunan putih dan kukus semula selama 5 minit. 
    8. Lapiskan adunan merah dan putih berselang-seli sehingga adunan 
      habis.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN