Lapis Roti Berdaging

Roti nak luput jangan biarkan terbuang… sesuai untuk sarapan atau minuman petang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lapis Roti Berdaging

Roti nak luput jangan biarkan terbuang… sesuai untuk sarapan atau minuman petang…

BAHAN-BAHAN

  • 3 biji kentang dipotong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar serbuk kari
  • 3 sudu makan minyak untuk menumis
  • 12-14 keping roti
  • 500ml susu segar
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Parutan keju (banyak ikut suka)
  • Sedikit marjerin untuk melenser
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bawang merah + bawang putih kemudian panaskan minyak dan tumis bawang serta masukkan serbuk kari dan juga daging cincang + kentang + garam.
  • Satukan susu + telur + secubit garam.
  • Pukul susu + telur + garam hingga sebati.
  • Celupkan kesemua roti dalam adunan tadi.
  • Ramas-ramaskan kesemua roti tadi.
  • Lenserkan bekas tahan panas dengan sedikit margerin dan letakkan 1/3 bahagian roti yang telah diramas.
  • Kemudian letakkan separuh daripada daging + kentang yang telah dimasak tadi atas lapisan roti.
  • Ulangi proses dengan meletakkan satu lagi bahagian roti dan selebih bahan daging + kentang dan di lapisan akhir dengan 1/3 lebihan roti.
  • Taburkan parutan keju (banyak ikut suka).
  • Bakar dengan api sederhana selama 30-45 minit atau sampai lidi tak lekat.
  • Boleh dihidangkan semasa panas dan potong ikut suka.
  • Jika inginkan lebih pedas boleh hidangkan bersama sos.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago