Lamb Stew

Resipi stew yg ringkas tp sgt sedap. Kalau xsuka lamb, boleh ganti dgn daging lembu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lamb Stew

Resipi stew yg ringkas tp sgt sedap. Kalau xsuka lamb, boleh ganti dgn daging lembu.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 kg potongan daging kambing (lamb cutlets)
  • 1 biji bawang besar berkulit coklat (dimayang)
  • 1 batang lobak merah (potong baji)
  • 2 biji kentang (potong baji)
  • 1 sudu makan mentega
  • 5 sudu makan tepung gandum
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 1/2 kiub pati lembu
  • 2 sudu makan tomato puri
  • 2 sudu makan honey mustard
  • Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Lada hitam secukup rasa
  • Air secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum.
  • Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
  • Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
  • Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
  • Selepas 5 minit, masukkan kiub stok lembu, tomato puri, honey mustard, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  • Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  • Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.
  • Boleh dimakan dengan roti (spt gambar di atas), pasta ataupun nasi (spt gambar di sebelah). Selamat mencuba! : )

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago