Lala Sos Tomato

Idea dari Kepah Sos Tomato, Hani tapi yang ni dah dimelayukan. Terima kasih Hani for d marvellous resipi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lala Sos Tomato

Idea dari Kepah Sos Tomato, Hani tapi yang ni dah dimelayukan. Terima kasih Hani for d marvellous resipi.

BAHAN-BAHAN

  • 2 kilo lala
  • 3 biji tomato (diblender hancur)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 1 kiub pati ikan bilis
  • Bahan untuk tumis
  • 6 biji cili merah
  • 10 biji cili api
  • 10 biji bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci belacan (boleh dikurangkan)
  • Garam secukup rasa

  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan lala. Berhati-hati semasa bersihkan lala kerana ada lala yang tiada isi dan dipenuhi lumpur. Lumpur merosakkan rasa lala yang enak.
  • Blender bahan-bahan untuk tumisan.
  • Panaskan minyak. Masukkan bahan2 tumisan, kacau hingga naik bau. Masukkan serai, tomato yang telah diblender hancur dan tumis hingga berbau enak.
  • Tambahkan garam kemudian masukkan lala. Tutup kuali supaya lala masak sekata.
  • Hidangan siap. Bolehlah dinikmati dengan keluarga.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago