Lala masak serai

masakan yg ringkas bg penggemar lala

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Lala masak serai

masakan yg ringkas bg penggemar lala

BAHAN-BAHAN

  • 500 gm lala – dibersihkan dan toskan
  • 3 batang serai – dipotong serong
  • 3 ulas bawang putih – diketuk
  • 1in halia – dipotong panjang
  • 5 biji cili api – diketuk
  • 1 sb sos tiram
  • 1 biji bawang besar – dipotong bulat
  • daun bawang, tomato ceri
  • garam dan gula utk perasa
  • 2 sb minyak
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
  • Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
  • Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
  • Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago