Laksa Thailand

Masakan Thai, penyediaan dalam 45 minit -1 jam. Resipi turun-temurun keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Thailand

Masakan Thai, penyediaan dalam 45 minit -1 jam. Resipi turun-temurun keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • 1 peket laksa kering (rebus & toskan)
  • 7-8 ekor ikan sardin/kembung/selar (rebus, asingkan isi)
  • 1 biji kelapa (perah dalam 7-8 cawan santan)
  • 8-10 helai daun limau (mayang halus)
  • 1 1/2 labu bawang besar (potong 8 bahagian, besar-besar)
  • Bahan Kisar:
  • Isi ikan yang diasingkan tadi
  • 10-13 batang cili padi merah
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 inci kunyit hidup
  • 2 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • 1 inci halia
  • Bahan Ulam:
  • 7-8 ulas bawang putih (potong nipis-nipis, goreng bersama sedikit minyak sampai perang – ini wajib untuk ulam)
  • Kacang panjang – potong nipis-nipis (jika suka)
  • Timun diracik (jika suka)
  • Kubis – mayang halus (jika suka)
  • Tauge (jika suka)
  • Sawi jeruk – hiris nipis (jika suka)
  • Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
  • Korang campur semua bahan kisar dengan santan & bawang besar, masak dengan api sederhana. Bila menggelegak, masukkan daun limau purut dimayang tadi. Masukkan garam & Ajinomoto.
  • Lepas itu, biarkan kuah surut sedikit (pekat) dalam 1/2 inci. Lepas itu, timbang rasa masin, manis dan lemak.
  • Resipi asal ada batang pisang yang lembut (pokok pisang ada rebung ke?). Batang pisang tu dikupas sampai jumpa isi paling dalam dan putih bersih. Potong nipis-nipis, terus masukkan dalam periuk masak bersama kuah. Batang pisang itu akan jadi lembut & rasa dia sedap…manis-manis saja…(mana la nak cari di Kuala Lumpur ni, batang pisang pun kena bayar).
  • Nota: Terlupa pula, resipi asal ada serbuk cili. Anda boleh buat sendiri saja. Basuh cili kering, lap dengan kain bersih. Goreng tanpa minyak atas api perlahan sampai nampak agak garing. Jangan sampai hangus, bila sudah agak sejuk, kisar hancur sampai jadi serbuk. (Ini untuk yang tahan pedas sahaja).

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago