Laksa Sotong Mamboo

Laksa ala orang utara… Siap ada sambal sotong lagi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa Sotong Mamboo

Laksa ala orang utara… Siap ada sambal sotong lagi.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg laksa (dicelur)
  • 1 kg ikan kembung atau sardin
  • 2 batang bunga kantan
  • 5 keping asam gelugur
  • 10 biji cili padi, 5 biji cili besar
  • 1 tangkai daun kesum
  • 2 sudu besar otak udang
  • 4 liter air
  • 1 biji timun (dihiris)
  • 6 helai daun salad (dihiris)
  • 4 biji bawang besar (dihiris)
  • 2 sudu besar cili kisar
  • Garam secukup rasa
  • Ajinamoto secukup rasa
  • Sedikit belacan asli
  • Sedikit sambal sotong (lebih kurang 12 – 16 ekor)
CARA PENYEDIAAN
  • Hendaklah direbus ikan, asingkan tulang dan isi, tulang hendaklah dikisar hingga halus.
  • Tuangkan air kisaran tulang tadi ke dalam periuk. Isi ikan boleh ditumbuk (jika mahu sedap) jika malas bolehlah kisar saja.
  • 1/2 biji bawang besar, 1/4 bunga kantan, sedikit belacan dan cili kisar – kisar sekali.
  • Selepas selesai kisar, masukkan ke dalam periuk dan campurkan dengan isi ikan dan boleh masuk daun kesum, asam keping, otak udang (petis udang), garam serta Ajinamoto secukup rasa.
  • Tunggu sehingga mendidih…(lebih kurang 15 – 25 minit).
  • Laksa hendaklah direbus hingga lembut.
  • Bawang besar, cili besar, cili padi, daun salad, bunga kantan serta timun bolehlah hiris halus.
  • Ditambah dengan sambal sotong yang telah disediakan… ikut la berapa ekor untuk setiap pinggan aggaran 12 – 16 ekor.
  • Setelah selesai Laksa Sotong Mamboo bolehlah disediakan…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago