Laksa penang simple di perantauan

kepada yg kekurangan bahan untuk buat laksa n 1st timer,boleh la try resepi ni,simple sangat…blend dan rebus…:-))

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa penang simple di perantauan

kepada yg kekurangan bahan untuk buat laksa n 1st timer,boleh la try resepi ni,simple sangat…blend dan rebus…:-))

BAHAN-BAHAN

  • satu tin sardin (tanpa sos tomato/kosong)
  • bahan-bahan blend :
  • 1 labu bawang besar
  • segenggam cili kering, direbus dahulu (ikut suka tahap pedas yg disukai) – kalau xcukup cili kering,boleh la tmbh dgn serbuk cili sahaja
  • seketul belacan (sy guna lebih kurang saiz 4x4x0.5cm) -kalau xdak belacan,boleh ganti dgn udang kering
  • sedikit serbuk bunga kantan(jika ada)
  • 4 keping asam gelugor dan air
  • garam secukup rasa
  • setengah paket spageti(sbg ganti kpd laksa)-direbus bersama sedikit minyak
  • sedikit timun,hirisan bawang besar,nenas,cili merah dan limau nipis(atau lemon) sebagai hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • blend bawang besar, cili kering(@serbuk cili), belacan(atau udang kering) bersama sedikit air
  • kemudian masukkan isi sardin ke dalam blender dan blend, tp jgn sampai terlalu lumat
  • tuang semua bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. tambah lagi air sehingga kuah tidak terlalu pekat.
  • masukkan asam gelugor ke dalam periuk. tambah garam,serbuk bunga kantan. biarkan sehingga menggelegak.
  • di dalam periuk lain,rebus spageti
  • apabila kuah telah menggelegak, boleh la dihidangkan bersama spageti dan dihias bersama bahan hiasan. perah limau untuk lebih sedap. tadaaa….siap sudah

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago