Laksa kuah putih

percubaan yg pertama.. senang aje rupanya..
resepi dr mak n mak mertua, saya satukan di dlm resepi ini..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Laksa kuah putih

percubaan yg pertama.. senang aje rupanya..
resepi dr mak n mak mertua, saya satukan di dlm resepi ini..

BAHAN-BAHAN

  • bawang merah/besar
  • bawang putih
  • halia
  • lada hitam
  • belacan
  • asam jawa/ limau
  • santan
  • 5 ekor ikan selayang/sardin yg direbus dan air rebusan di asingkan..
  • kacang panjang
  • timun batang
  • taugeh
CARA PENYEDIAAN
  • rebuskan ikan selayang/sardin dan di ambil air rebusannya..ikan tadi di buang tulangnya dan ditumbuk lumat.. asingkan..
  • bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam, ditumbuk lumat..
  • campurkan air rebusan ikan tadi ke dlm santan dan masak sehingga mendidih..masukkan sedikit garam..
  • setelah santan mendidih, masukkan isi ikan yg ditumbuk lumat serta bwg merah, bwg putih, halia dan lada hitam yg juga ditumbuk lumat tadi..
  • kacau sehingga mendidih dan masukkan sedikit belacan dan air asam jawa..
  • setelah siap kuahnya, kacang panjang, timun batang, dipotong halus dan ditabur ketika hendak makan..jika ingin lebih masam, perahkan sedikit limau..dan jika hendak pedas lagi, potong kecil cili padi..
  • kebiasaannya, cili boh, garam dan belacan di sediakan bersama ketika hidangan kerana setiap org mempunyai citarasa yang berbeza..bhn2 itu boleh ditambah ketika hendak menjamu selera..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago