LAHAM MANDI @ NASI MANDI

Resepi daripada kawan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

LAHAM MANDI @ NASI MANDI

Resepi daripada kawan

BAHAN-BAHAN

  • 10 cwn beras basmati (atau 3kg)
  • 3kg daging kambing dan lemak-lemak
  • 3ltr air ( anggaran) lebih tak apa
  • 4cm kulit kayu manis*
  • 5helai daun bay*
  • 1sm buah pelaga *
  • 1sm lada hitam*
  • 1/2sm cengkih*
  • 1 1/2st jintan putih*
  • 1st jintan manis*
  • 1/4st serbuk limau kering*
  • 2labu bawang besar – potong baji*
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 cwn air mawar (kalau ada yg tak suka bau boleh kurang kan 1/4cwn)
  • 1st serbuk pewarna kuning telur (arab biasa guna za’afaran)
  • Semangkuk kecil lemak daging- utk aroma
  • Beberapa ketul arang
  • Aluminium foil secukupnya
  • 1labu bawang besar – dimayang
  • Myk utk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Beras dibasuh bersih dan direndam untuk seketika
  • Masukkan air ke dalam periuk tunggu sehingga mendidih, kemudian masukkan semua bahan-bahan yang bertanda* dan daging kambing bersama lemak2nya, kemudian masukkan garam secukup rasa. Masak hingga daging kambing itu empuk, (kalau nak cepat empuk guna periuk tekanan, jika guna periuk biasa masukkan garfu bersama rebusan daging tadi)
  • Kemudian keluarkan sebahagian air rebusan tadi sebelum memasukkan beras. Agak2 laa air rebusan dgn beras tadi dan rasa asingnya, jika kurang garam boleh laa ditambah mengikut citarasa masing-masing. Tanak laham mandi ni seperti tanak nasi biasa.
  • Sementara air rebusan kering, bakar arang hingga berbara. Dan Sediakan aluminium foil & jadikannya seperti mangkuk kecil, saiz agak2 boleh letak lemak daging-utk penyedap bau & arang berbara
  • Bila air rebusan agak nak kering perlahan api dapur dan tutup periuk dengan penutup.
  • Sediakan campuran air mawar bersama pewarna kuning telur, setelah pewarna larut, tuang pewarna ke atas nasi tadi pada satu tempat sahajapada bhgn tepi periuk dan tak perlu di kacau.
  • Letakkan juga Mangkuk Foil yang berisi lemak daging di tengah nasi dan tutup seketika periuk nasi dengan penutupnya.
  • Lebih kurang 4-5 minit, masukkan arang yang berbara ke dalam foil yg berisi lemak tadi untuk membangkitkan lagi aroma laham mandi dan tutup periuk dgn penutupnya
  • Sediakan aluminium foil yg agak besar saiznya boleh menutupi permukaan periuk. Kemudian buka penutup periuk dan tutup permukaannya dengan foil tadi dan tutup kembali periuk nasi. Pastikan tiada sebarang wap yang boleh menembusi periuk itu. Untuk memastikan aroma nasi sama seperti yg di masak menggunakan dapur arang bawah tanah tuu :)
  • Biarkan seketika sehingga aroma laham menusuk rerongga deria bau anda hihihihihi….
  • Sediakan kuali, masukkan sedikit minyak, dan bawang yg dimayang tadi. Tak perlu panaskan tak apa. Goreng sehingga kekuning-kuningan.
  • Tadaaaaa….. Laham mandi dah siap sebeluma gaul nasi dan pewarna tadi pastikan mangkuk foil yg berisi arang dan lemak tadi dikeluarkan baik-baik supaya tidak tumpah ke atas laham mandi. Masukkan bawang goreng tadi.
  • Boleh laa sediakan dulang atau safrah utk menghidangkan laham mandi ini. Gaul nasi sehingga menjadi sperti nasi hujan panas kat Malaysia tuuu :D

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago