750ml santan cair (100ml santan pekat kara + 650ml air)
1 helai daun pandan
1/2 sudu teh garam
Bahan C
1 sudu besar serbuk koko
1/2 sudu teh coklat emulco
CARA PENYEDIAAN
Sebatikan bahan A. Gaul rata
Masak bahan B sehingga mendidih dan tuangkan kedalam bahan A. Gaul rata dan tapis.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bahan C kedalam satu bahagian adunan dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.
Bahagikan adunan koko kepada 3 bahagian dan adunan tanpa warna kepada 4 bahagian.
Kukus satu bahagian tanpa warna 250ml selama 5 minit.
Apabila masak, tuangkan adunan koko 250ml keatas lapisan tadi. Kukus selama 5 minit.
Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga habis.
Untuk membuat corak marble, asingkan 2 sudu besar adunan dan campur dengan 1 sudu teh coklat emulco. Lapisan terakhir hendaklah diangkat dari pengukus dan titikkan coklat emulco kemudian gunakan lidi dan buatlah corak marble. Hati-hati ketika mengangkatnya balik ke pengukus kerana adunan mungkin akan bercampur.
Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus semula selama 20-30 minit.
Rasa kuih ni lembut dan kenyal jika nak rasa koko yang kuat masukkan 1 sudu kecil nescafe..
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.