Kuih Talam Koko Marble

Aneka Kuih Talam

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Talam Koko Marble

Aneka Kuih Talam

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A
  • 150gm tepung beras
  • 150gm tepung ubi
  • 150gm tepung sago
  • 350ml santan pekat KARA
  • 210ml air
  • Bahan B
  • 350gm gula kaster
  • 750ml santan cair (100ml santan pekat kara + 650ml air)
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 sudu teh garam
  • Bahan C
  • 1 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 sudu teh coklat emulco
CARA PENYEDIAAN
  • Sebatikan bahan A. Gaul rata
  • Masak bahan B sehingga mendidih dan tuangkan kedalam bahan A. Gaul rata dan tapis.
  • Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Masukkan bahan C kedalam satu bahagian adunan dan satu bahagian lagi dibiarkan tanpa warna.
  • Bahagikan adunan koko kepada 3 bahagian dan adunan tanpa warna kepada 4 bahagian.
  • Kukus satu bahagian tanpa warna 250ml selama 5 minit.
  • Apabila masak, tuangkan adunan koko 250ml keatas lapisan tadi. Kukus selama 5 minit.
  • Ulangi langkah 5 dan 6 sehingga habis.
  • Untuk membuat corak marble, asingkan 2 sudu besar adunan dan campur dengan 1 sudu teh coklat emulco. Lapisan terakhir hendaklah diangkat dari pengukus dan titikkan coklat emulco kemudian gunakan lidi dan buatlah corak marble. Hati-hati ketika mengangkatnya balik ke pengukus kerana adunan mungkin akan bercampur.
  • Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus semula selama 20-30 minit.
  • Rasa kuih ni lembut dan kenyal jika nak rasa koko yang kuat masukkan 1 sudu kecil nescafe..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago