Kuih Talam Gandum

Kuih lama yg yg tak menjemukan..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Talam Gandum

Kuih lama yg yg tak menjemukan..

BAHAN-BAHAN

  • Bahagian bawah
  • 2 1/2 cawan tepong gandum
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 1/2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah + 2 cwn air – dimasak-sejukan dan ambil secukupnya utk kegunaan )
  • 4 cawan santan cair
  • Bahagian atas
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 1 1/2 cawan tepong gandum
  • 2 sudu kecil garam ( mama guna sudu KFC ) ( bolih di kurangkan )
  • ATAU
  • 1 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
  • 2 sudu kecil garam halus ( sudu KFC )
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan air kukusan terlebih dahulu
  • Satukan adunan bahagian bawah. Tapis kedalam loyang dan kukus selama 20 minit atau sampai nampak keras sikit. Buka kukusan.
  • Kalau masih ada air diatasnya di sebabkan masuk wap, lap dengan tisu sampai kering.
  • Sediakan adunan bahagian atas. Untuk bahagian ini, jangan dikisar. Sebab bila masak nanti kuihnya tak cantik dan merekah bahagian atasnya. Cukup kacau menggunakan pemukul telur sahaja.
  • Membancuhnya sekadar guna pemukul telor biasa. Bila dah sebati, tapis dan tuang keatas bahagian bawah yang dah masak tadi.
  • Kukus selama 1/2 jam. Buka penutup kukusan, biarkan selama 10 minit. Petua bagi mengeringkan air di atas pemukaan kuih yang di sebabkan wap. Jika masih ada kesan wap, lap dengan tisu dapur.
  • Tutup api, angkat kuih dan sejukan.
  • Potong ikut citarasa sendiri..nnn ngappp..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago