Kuih Naga Sari

Resepi paling mudah tanpa menggunakan daun pisang. Tapi lebih sedap lagi jika dibungkus dengan daun pisang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Naga Sari

Resepi paling mudah tanpa menggunakan daun pisang. Tapi lebih sedap lagi jika dibungkus dengan daun pisang.

BAHAN-BAHAN

  • 10 ulas pisang nangka (Dipotong serong)
  • 1 bungkus tepung beras (500gm)
  • 1 biji kelapa parut (siap diblender dan ambil santan cair/pekat dlm 400ml)
  • 500ml air (secukupnyer)
  • 2 sudu garam
  • 4 sudu gula pasir
  • 5 helai daun pandan
CARA PENYEDIAAN
  • Salutkan gula pasir bersama pisang yang telah siap dipotong secara menyerong.
  • Bancuh tepung beras bersama dengan air dan garam
  • Sediakan periuk yang sesuai bersama dengan air sebanyak 500ml
  • Selepas air mendidih masukkan tepung yang telah dibancuh sedikit demi sedikit bagi menggelakkan tepung bergentil, sambil mengacau senduk tanpa henti. (Bacuhan tepung yang dimasak hendaklah tidak terlalu lembik/cair. Jika pekat masukkan air untuk mencairkan.
  • Akhir sekali masukkan santan yang telah siap. (Masakkan ini adalah sama seperti membuat bubur sum-sum atau puding jagung
  • Biarkan sehingga tepung masak sehingga tanak. Kacau jgn berhenti bagi mengelakkan ia hangus/garing dibahagian bawah..
  • Masukkan daun pandan sehingga layu dan baleh diangkat daripada periuk
  • Panaskan periuk kukus. Sediakan mangkuk tapau jernih, letakkan selang seli dengan dilapiskan pisang nangka yang telah disalut dengan gula pasir. Kukus sehingga pisang tadi masak. Sedia untuk dihidang..selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago