Pewarna (hijau/kulit dan esen pandan), (putih/lapisan tengah), (merah/isi tembikai)
CARA PENYEDIAAN
Satukan bahan A, gaul rata dan tapis. Ambil 250ml adunan, masukkan esen pandan dan perwarna hijau. Ketepikan.
Ambil 300ml adunan lagi dan biarkan tanpa warna.
Lebihan adunan pula dimasukkan pewarna merah dan dicampur dengan cincao.
Tuang adunan hijau ke dalam loyang 8″ dan kukus selama 5 minit.
Apabila masak, tuang pula lapisan adunan tanpa warna, kukus semula selama 15 minit. pastikan lapisan betul-betul masak baru dituang lapisan adunan merah.
Akhir sekali tuangkan adunan merah, tutup dengan aluminium foil dan kukus semula selama 30 minit.
Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
Sekiranya selepas 30 minit masih terdapat takungan air dipermukaan kuih, tuang keluar air tersebut perlahan-lahan atau ambil tissue dapur dan biarkan diatas permukaan kuih sekejap untuk menyerap lebihan air tadi dan angkat keluar tissue tersebut.
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.