Kuih Lapis Tembikai

Aneka Kuih Lapis

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Lapis Tembikai

Aneka Kuih Lapis

BAHAN-BAHAN

  • Bahan-bahan
    60gm cincao dipotong kiub
  • Bahan A
  • 150gm tepung beras
  • 140gm tepung ubi
  • 20gm tepung sago/tepung gandum
  • 400ml air
  • 300ml santan pekat KARA
  • 220gm gula halus
  • 1/2 sudu teh garam
  • Pewarna (hijau/kulit dan esen pandan), (putih/lapisan tengah), (merah/isi tembikai)
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan bahan A, gaul rata dan tapis. Ambil 250ml adunan, masukkan esen pandan dan perwarna hijau. Ketepikan.
  • Ambil 300ml adunan lagi dan biarkan tanpa warna.
  • Lebihan adunan pula dimasukkan pewarna merah dan dicampur dengan cincao.
  • Tuang adunan hijau ke dalam loyang 8″ dan kukus selama 5 minit.
  • Apabila masak, tuang pula lapisan adunan tanpa warna, kukus semula selama 15 minit. pastikan lapisan betul-betul masak baru dituang lapisan adunan merah.
  • Akhir sekali tuangkan adunan merah, tutup dengan aluminium foil dan kukus semula selama 30 minit.
  • Sejukkan dahulu sebelum dipotong.
  • Sekiranya selepas 30 minit masih terdapat takungan air dipermukaan kuih, tuang keluar air tersebut perlahan-lahan atau ambil tissue dapur dan biarkan diatas permukaan kuih sekejap untuk menyerap lebihan air tadi dan angkat keluar tissue tersebut.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago