Kuih Kura Kura

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Kura Kura

BAHAN-BAHAN

  • Untuk Kulit
  • 3 cawan tepung pulut
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh garam
  • 500ml air
  • 10 sudu makan minyak masak
  • Sedikit pewarna merah
  • Daun pisang sebagai alas. (boleh dipotong bentuk segiempat atau bentuk bulat)
  • Untuk Inti
  • 2 cawan kacang dhal (rendam lebih kurang 3 jam. Kemudian rebus hingga empuk. Selepas ia empuk, hancurkan menggunakan pengisar tangan)
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan kacang dhal yang telah dihancurkan bersama gula, garam dan minyak masak hingga sebati.
  • Ketepikan seketika sebelum digunakan.
  • Adun tepung bersama semua bahan untuk kulit tadi hingga sebati hingga boleh dibentukkan seperti bebola.
  • Bentukkan sebesar bola ping pong. Masukkan inti kacang dhal.
  • Tekapkan bebola adunan berisi inti tadi dalam acuan berbentuk kura-kura.
  • Letakkan atas daun pisang tadi.
  • Masak dalam pengukus selama 10 – 15 minit (pastikan pengukus telah dipanaskan sebelum memasukkan kuih tadi)
  • Setelah masak, sedia untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago