Resipi bonda yang ringkas tapi enak dimakan di waktu pagi atau petang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Kundas

Resipi bonda yang ringkas tapi enak dimakan di waktu pagi atau petang…

BAHAN-BAHAN

  • 225g tepung gandum
  • 120-150g gula halus (dalam kurang dari 2/3 cawan) – resipi ni tak sensitif sukatan, jadi jangan risau guna sukatan tepat sangat…
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 110ml air
  • Minyak untuk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
  • Gaul rata kesemua tepung, soda dan gula. Kemudian, tuangkan air dan dengan menggunakan tangan saje, kacau semua bahan tadi dengan air tu. Tak payah uli lama-lama, sampai semua dah jadi macam gambar ni, kire ok dah. Biar sekejap, dalam > 30 minit (boleh tutup dengan pembalut/plastik, tak tutup pun tak apa janji jangan lalat datang dah la). Adunan ni tahan hingga semalaman (kalau nak makan sarapan esok paginye tu, malam boleh bancuh & simpan).
  • Alas tangan dengan tepung sket (agar tak melekat), ambil sket adunan, dalam sebesar bola ping-pong (saiz ikut suka tapi jangan tebal sangat), kemudian leperkan guna penggelek (‘rolling pin’). Perlu diingat papan pencanai untuk meleper tu pun kene diletak tepung sket je. Buat la sampai habis (seperti dalam gambar).
  • Panaskan minyak. Dengan api sederhana kecil, masuk satu persatu. Bila satu bahagian dah menggelembung, baru balikkan. Kuih ni garing sekejap je, tu yang api kene kecil kalau tak dalam tak berapa masak. Rupa kuih kundas dah siap digoreng (sebelum goreng saya potong dua sebab besar sangat). Siap dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN