Kuih Kembung Dendan

Garing di luar,lembut di dalam. Sesuai dicicah kari atau ditabur gula kastor.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Kembung Dendan

Garing di luar,lembut di dalam. Sesuai dicicah kari atau ditabur gula kastor.

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan tepung gandum
  • 6 oz air suam-suam kuku
  • 1/2 bungkus yis segera (maksu guna Mauripan)
  • 1 sudu makan majerin
  • 2 oz susu sejat (jika x guna susu,tambah 2 oz air suam)
  • 1/2 sudu garam
  • gula kastor untuk tabur
  • sedikit tepung ubi (digunakan supaya tidak melekat semasa mencanai)
  • Minyak untuk goreng terendam.
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan yis mauripan dalam air yang suam-suam kuku. Larutkan. Masukkan susu sejat.
  • Masukkan majerin dan tepung gandum. Uli sampai lembut.Memang akan melekat sedikit di tangan tetapi tidak mengapa.
  • Biar sekejap hingga naik.,lebih kurang 5 minit
  • Tabur sedikit tpg ubi dan canai nipis(lebih kurang 0.25 cm)
  • Potong memanjang selebar 1 cm . Ambil tiga urat dan cantumkan bahagian hujungnya. Anyam seperti dendan.
  • Jika anyaman itu panjang,bolehlah dipotong supaya sama panjang semuanya.
  • Dah siap anyam,bolehlah terus digoreng. Mulakan dengan adunan yang mula-mula dianyam dan seterusnya.kerana ianya sudah naik. Goreng hingga kekuningan.
  • Dah sejuk,taburlah gula kastor. Jika tidak pun boleh dicicah dengan kari.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago