Bertekstur kenyal, sedap dan wangi dengan aroma pandan.. Resipi Chef Ismail dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’.. saya ambil di sini – http://my.news.yahoo.com/kuih-kato-131253545.html.. terima kasih Chef kerana berkongsi resipi ini..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuih Kato
Bertekstur kenyal, sedap dan wangi dengan aroma pandan.. Resipi Chef Ismail dipetik dari ‘Kuisin Warisan Melayu’.. saya ambil di sini – http://my.news.yahoo.com/kuih-kato-131253545.html.. terima kasih Chef kerana berkongsi resipi ini..
BAHAN-BAHAN
- Bahan A â Sirap Gula Merah:
- 250 gm gula merah â saya guna nissang Ganu
- 1 sudu besar air
- Bahan B:
- 500 gm tepung pulut
- 125 gm tepung beras
- 750 ml air
- 75 ml air pandan â kisar 5 helai daun pandan dan 75 ml air, perah
- Beberapa titik pewarna hijau â saya tambah
- Bahan C â gaul rata dan kukus 5 minit:
- 125 gm atau secukupnya kelapa parut putih
- Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
- Masak A sehingga gula larut. Tapis dan ketepikan.
- Satukan B, kacau hingga tidak berbintil-bintil dan tapis ke dalam mangkuk lain.
- Tuang adunan ke dalam acuan (saya sapukan acuan dengan sedikit minyak).
- Kukus selama 30 minit atau hingga masak.
- Potong kuih mengikut bentuk yang disukai setelah kuih betul-betul sejuk, golek dengan C.
- Hidangkan bersama A.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.