Kuih Gulung Berlauk

Bagaimana cara nak masak Kuih Gulung Berlauk?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Gulung Berlauk

Bagaimana cara nak masak Kuih Gulung Berlauk?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A (Inti)
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 1 ulas bawang putih (Dicencang halus)
  • 1 sudu makan rempah kari
    (Dibancuh dengan sedikit air)
  • 100 gram isi ayam (Dicencang)
  • 2 biji kentang sederhana (Dipotong dadu kecil)
  • ½ batang lobak merah   (Dipotong dadu kecil)
  • ½ cawan air
  • 1 pokok daun bawang (Diracik)
  • 1 pokok daun sup (Diracik)
  • 1 sudu makan minyak masak
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Kulit)
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  1. Panaskan minyak masak di dalam kuali dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga layu.
  2. Masukkan serbuk rempah kari dan kacau rata sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan isi ayam, kentang, lobak merah, dan air. Kacau rata lagi dan biarkan sehingga pekat dan kentang empuk. Padamkan api.
  4. Masukkan daun bawang dan daun sup. Kacau rata dan masukkan ke dalam mangkuk. Sejukkan.
  5. Masukkan semua bahan B ke dalam mesin pengadun dan adun sebati. Tapiskan.
  6. Panaskan kuali non-stick yang sudah disapu dengan sedikit minyak.
  7. Tuangkan sesenduk adunan ini dan lenggang-lenggangkan kuali tadi, supaya adunan rata dan nipis.
  8. Selepas masak, angkat dan letakkan di atas pinggan.
  9. Masukkan inti kentang di tengah-tengahnya.
  10. Kemudian lipatkan bahagian kiri dan kanan. Gulungkan kemas-kemas.
  11. Lakukan sehingga habis adunan dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago