Kuih Cara Berlauk/Manis

Seronok bila menjadi….tapi kalau melekat di acuan…mula berpeluh-peluh.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Cara Berlauk/Manis

Seronok bila menjadi….tapi kalau melekat di acuan…mula berpeluh-peluh.

BAHAN-BAHAN

  • Inti Daging:
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • *Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
  • Adunan Kuih:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis rempah hingga naik minyak.
  • Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  • Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  • Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
  • Untuk menyediakan adunan kuih, pukul telur + garam.
  • Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  • Kalau berketul, terpaksalah tapis dulu adunan ini. Titikkan sedikit pewarna.
  • Kalau guna pengisar lagi senang.
  • Cara memasak:
    Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  • Tuang adunan 3/4 penuh sahaja.
  • Masukkan satu sudu inti daging.
  • Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi adunan supaya kuih nampak kemas.
  • Tutup hingga kuih masak. Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
  • Untuk kuih cara manis, tuangkan adunan penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago