Kuih Bom Pulut

Bagaimana cara nak masak Kuih Bom Pulut?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Bom Pulut

Bagaimana cara nak masak Kuih Bom Pulut?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 biji keledek (200 gram)
  • 1 cawan tepung pulut
  • 1 sudu makan tepung gandum
  • ½ cawan air
  • ½ cawan bijan
  • Minyak masak secukup (Bagi menggoreng)
  • Sedikit garam
  • Bahan B (Inti)
  • ½ cawan gula merah
  • 2 sudu makan gula pasir
  • ½ cawan air
  • 2 helai daun pandan (Disimpul]
  • 1 cawan kelapa parut
    (Ambil putih sahaja)
  • 2 sudu makan tepung gandum
CARA PENYEDIAAN
  1. Kupas keledek dan potong kecil. Basuh dan rebuskan sehingga empuk.
  2. Tuskan airnya dan masukkan ke dalam mangkuk. Lenyekkan sehingga hancur.
  3. Masukkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.
  4. Masukkan air sedikit sambil menguli menjadi doh. Ketepikan.
  5. Bagi membuat intinya, masakkan gula merah, gula pasir, air, dan daun pandan sehingga mendidih dan menjadi air gula. Tapiskan.
  6. Masukkan air gula dan kelapa ke dalam kuali dan kacau sehingga sebati.
  7. Taburkan tepung gandum dan kacau lagi sehingga pekat. Sejukkan
  8. Bulatkan doh sebesar telur ayam dan leperkan.
  9. Masukkan inti kelapa dan tutup semula. Bulatkan semula.
  10. Gelekkan di dalam pinggan yang berisi bijan. Tekan supaya bijan melekat.
  11. Panaskan minyak di dalam kuali dan gorengkan dengan api sederhana
    sehingga kuning keemasan. Angkat dan tus minyak. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago