Bagaimana cara nak masak Kuih Bom Keledek?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Pencuci Mulut / Minuman

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kuih Bom Keledek

Bagaimana cara nak masak Kuih Bom Keledek?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 500 g keledek putih 
  • 2 cawan air 
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan bijan 
  • 1 sudu teh garam 
  • Minyak masak secukupnya
  • Bahan B (Inti)
  • 1 cawan kelapa muda (Diparut) 
  • ½ cawan gula merah 
  • ½ cawan air
CARA PENYEDIAAN
    1. Kupas kulit keledek dan potong kecil. Rebuskan dengan air dan 
      garam sehingga lembut. Tuskan. 
    2. Lumatkan keledek dan gaulkan dengan tepung gandum. Ketepikan. 
    3. Masukkan semua bahan B ke dalam kuali dan masakkan 
      sehingga kering. Sejukkan dan buatkan bebola kecil. 
    4. Leperkan adunan keledek dan masukkan bebola inti. Uli menjadi 
      bebola kecil dan golekkan di atas bijan. 
    5. Gorengkan dengan api sederhana sehingga warna bijan menjadi 
      kuning keemasan. 
    6. Angkat dan hidangkan

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN