KUEY TEOW

memerlukan kesabaran serta kekuatan tgn utk mengulinya, hasilnya cukup puas hati dpt buat sndri . . =D

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

KUEY TEOW

memerlukan kesabaran serta kekuatan tgn utk mengulinya, hasilnya cukup puas hati dpt buat sndri . . =D

BAHAN-BAHAN

  • 4 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan air ( sy tambah 3 sudu air lg )
  • 1 biji putih telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit tepung gandum ( utk disapu )
CARA PENYEDIAAN
  • Tepung gandum dan tepung beras digaul mesra.
  • Putih telur dipukul sekejap, kemudian masukkan ke dalam campuran tepung tadi.
  • Tuangkan air yang bercampur garam, uli sebati.
  • Jika adunan susah untuk diuli, tambahkan 3 sudu air lagi. Uli sehingga menjadi doh yang licin.
  • Bungkus dengan plastik, simpan selama 10-15 minit.
  • Bulatkan menjadi beberapa bahagian kecil, bentukkan memanjang.
  • Gelek menggunakan mesin bahagian buat karipap no.7 (yang paling tebal-mengikut mesin masing-masing), buat hingga selesai.
  • Gelek pula no.05 kemudian pada no.03. Sapukan tepung pada kepingan doh tadi, supaya tidak melekat antara satu sama lain.
  • Gelekkan pula pada mesin bahagian buat kuey teow.
  • Celurkan kuey teow ke dalam air mendidih yang dicampur dengan sedikit minyak lebih kurang 3-4minit.
  • Angkat dan basuh sekejap di bawah air yang mengalir.
  • Toskan sekejap, masukkan sedikit minyak ke dalam kuey teow.
  • Untuk melihat gambar langkah demi langkah dengan lebih terperinci, boleh terus ke link ini. http://hasiahhashim.blogspot.com/search/label/mee%20kuning
  • Cara buat kuey teow ni lebih kurang macam cara membuat mee kuning, bezanya adunan kuey teow lebih keras sedikit berbanding adunan mee kuning.
  • Klik untuk isi cara-cara di sini

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago