resepi asal dari Abah saya, sesuai untuk sarapan pagi, minum petang, makan malam dan sebagainya.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kuey Teow Kerang Special
resepi asal dari Abah saya, sesuai untuk sarapan pagi, minum petang, makan malam dan sebagainya.
BAHAN-BAHAN
- BahanA
- 500gm Kuey Teow basah â relai2kan supaya ia tidak melekat
- Atau
- 250gm Kuey Teow kering â rebus hingga extended lembut yang dikehendaki, ketepikan[x]
- 1/2 labu bawang putih – ditumbuk halus
- 150gm Daun Kuchai â potong 1â panjang + 200gm Taugeh – basuh
- 1 Fish cake empat segi memanjang yg dah siap digoreng â potong jgn terlalu nipis
- 1 sudu teh rata cili serbuk/paprika (jangan terlalu banyak nanti pedas)
- Sos tiram, kicap cap kipas udang, kiub ayam, sos tomato, cuka secukup rasa
garam, gula, ajinomoto secukup rasa. Sedikt minyak untuk mengoreng - Bahan B (sila lihat cara-cara perenggan No. 1)
- 500gm Kerang segar (saya suka sediakan kerang cara sebegini)
- Atau
- 200gm Isi kerang segar – dibasuh
- Bahan C (Omelet/Telur masak hancur)
- 2biji telur + garam + Sedikit minyak â buat omelet paling lembut, jgn terlalu keras
- Bahan D (Sos kicap cili)
- cili padi atau cili hijau + 1 biji Limau kasturi + Kicap kipas udang
- Bahan E (Bahan Tabur)
- daun sadri & daun bawang potong , bawang goreng, limau kasturi serta cili merah potong
- Klik di sini untuk isi bahan
CARA PENYEDIAAN
- Masak air, sementara menunggu air mendidih, basuh sebersih-bersihnya kerang segar tersebut, masukkan kerang dalam bekas yang berpenutup kemudian curahkan air yang sedang mendidih sehingga menutupi keseluruhan permukaan kerang tersebut, tutup dengan penutupnya, biar ia terendam & masak sehingga 1/4 â 1/2 masak selama 10-15 min kemudian buang air panas, kopek kerang tersebut, ketepikan (saya suka sediakan kerang 1/4 masak kerana rasanya lebih sedap)
- Pecahkan telur, masukkan sedikit garam, pukul sikit, panaskan kuali, dgn sedikit minyak , buat & masak telur masak hancur, ketepikan
- Dgn menggunakan kuali yang sama, panaskan minyak secukupnya dalam kuali goreng bawang putih hingga naik bau & sedikit kekuningan, sambil mengacau bahan dalam kuali masukkan sos tiram, kicap, kiub chicken, tomato sos, 1 st cili,1sb cuka, gula, garam & ajinomoto secukupnya kacau sehingga ia naik sedikit minyak kemudian masukkan fish cake, kuetiaw, kerang kacau hingga keseluruhan bahan berpalut,
- Masukkan pula dalam kuali yang berisi kuetiow yang sudah berpalut tadi dengan daun kuchai kacau 1-2min taburkan pula taugeh 1-2min,jika kurang kicap tambah lagi biar sampai extended yang dikehendaki goreng lagi 1-2min, akhir sekali masukkan telur masak hancur 1-2 min kacau, kemudian tutup api
- Hidang dalam pinggan hidangan dengan taburan bawang goreng, hirisan daun sadri & daun bawang, hirisan cili merah, limau kasturi belah dua, di susun rata-rata
- Potong bulat cili padi atau cili hijau, belah sebiji limau kasturi buang bijinya, perahkan jusnya, masukkan kicap kipas udang kacau sedikit, hidangkan bersama kuey teow
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.